LIRIK

.............................................................................................................................

Artis : IN-TEAM
Lagu : AKRAB PERSAHABATAN

Sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bias memisahkan kita
antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
seteguh langit tinggi menongkah dunia
kita mengharung badai atas nama
kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
dendam hasad dengki mestilah dijauhi
marilah kita contohi Rasulullah
dan para sahabat di dalam bersahabat
ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
bina keharmonian

.............................................................................................................................

Artis : HIJJAZ
Lagu : AKU HANYA UMAR

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas

Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu 

Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu 

Terlentur segala kekejaman 

Menjadi wira miskin nestapa 
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar 
Tenangmu tiada tercalar 
Berbantal lengan tanpa pengawal 
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening 
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan


Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia


Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi


Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku


Hati sekeras batu
berubah Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh kepada kebatilan

No comments:

Post a Comment